Kit Media Interaktif
I-GeoEkonomi

7.1 JENIS KEGIATAN EKONOMI image
Kegiatan ekonomi merupakan aktiviti yang dijalankan oleh manusia yang memberikan manfaat dan kepentingan kepada sektor ekonomi.

 Jenis kegiatan ekonomi:
  • Primer
  • Sekunder
  • Tertier
7.2 TABURAN KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA image
Malaysia merupakan sebuah negara maju. Pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara seperti pertanian, perindustrian dan pelancongan.








TABURAN KAWASAN PERTANIAN (EKONOMI PRIMER)



TABURAN KAWASAN PERINDUSTRIAN (EKONOMI SEKUNDER)


TABURAN KAWASAN PELANCONGAN (EKONOMI TERTIER)
7.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA image
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA

FAKTOR FIZIKAL


Bentuk muka bumi - Kawasan dari tanah tinggi, tanah beralun, tanah pamah dan pinggir laut yang terdapat di Malaysia akan mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan.




Tanah tinggi Cameron Highlands sesuai untuk aktiviti pertanian dan pelancongan.


Tanah pamah sesuai untuk aktiviti pertanian, pengangkutan dan perindustrian.


Pinggir laut sesuai untuk aktiviti perikanan, pelancongan dan pelabuhan.



Tanih - Kepelbagaian jenis tanaman bergantung kepada jenis tanih.

Tanih aluvium sesuai untuk aktiviti penanaman padi sawah dan getah.



Tanih laterit sesuai untuk aktiviti penanaman getah dan kelapa sawit.


Tanih gambut sesuai untuk aktiviti penanaman nanas.


Pasir seseuai untuk penanaman kelapa dan gajus.



Beris sesuai untuk aktiviti penanaman kenaf.



Iklim –  Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun kerana Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa di mana purata suhu ialah 27 Celcius dengan jumlah tahunan melebihi 2,600 mm sesuai untuk menjalankan kegiatan ekonomi dalam sektor primer, sektor sekunder dan sektor tertier.



Saliran – Saliran di Malaysia sesuai menjalankan kegiatan pertanian sebagai contoh dalam penanaman padi yang memerlukan sistem pengairan baik bertujuan untuk proses penanaman seperti di Dataran Kedah-Perlis.



Bahan mentah – Malaysia kaya dengan kepelbagaian sumber bahan mentah bagi tujuan dalam sektor primer dan sektor sekunder iaitu bahan mentah primer akan diproses untuk menghasilkan barangan sekunder.

Bahan mentahKegiatan ekonomi
  • Kelapa sawit
  • Industri minyak masak, sabun dan lilin
  • Getah
  • Industri tayar dan sarung tangan
  • Petroleum dan gas asli
  • Industri minyak
  • Kayu balak
  • Industri papan dan kayu gergaji
  • Kaolin
  • Industri tembikar dan jubin
  • Batu kapur
  • Industri simen



FAKTOR MANUSIA

Dasar kerajaan - Dasar-dasar kerajaan yang mendorong kepada peningkatan ekonomi negara iaitu:
  • Dasar Pertanian Negara berperanan dalam memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  • Pelan induk perindustrian berperanan merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum.
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja mahir.
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) diwujudkan bagi menjalankan penanaman semula getah untuk pekebun kecil.
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) & Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membuka kawasan pertanian baharu iaitu ladang getah dan ladang kelapa sawit.

Infrastruktur
Kewujudan jaringan pengangkutan yang baik seperti jalan raya, jalan kereta api, jalan air dan jalan udara memudahkan proses pengangkutan bahan mentah dari sumber ke kilang dan barangan siap ke pasaran.



Teknologi
Penggunaan teknologi yang canggih dan moden untuk:
  • Mempercepatkan kerja
  • Meningkatkan kualiti produk
  • Mengurangkan pencemaran
  • Menjimatkan kos
  • Meningkatkan jumlah keluaran
  • Meningkatkan keselamatan

TeknologiKegiatan ekonomiContoh
JenteraPertanian
  • Jentera membajak dan menuai padi
Perindustrian
  • Pelbagai mesin di kilang membuat pakaian
Perlombongan
  • Jentera penggerudian petroleum
Pembalakan
  • Kren dan jentolak
Teknologi Maklumat dan KomunikasiKewangan
  • Mesin juruwang eletronik (ATM)
Pendidikan
  • Komputer dan internet
Pembiakan bakaPertanian dan Perhutanan
  • Pembiakan tumbuh-tumbuhan melalui tisu
  • Teknologi in vitro serta rawatan silvikultur
Penternakan dan Perikanan
  • Permanian beradas dan suntikan hormon
PolimerPerindustrian
  • Industri berasaskan plastik dan getah
PenapaianPerindustrian
  • Industri farmaseutikal dan makanan
SeramikPerindustrian
  • Bahan binaan, alatan tandas dan kraftangan
RobotikPerindustrian
  • Pemasangan kereta
Gema bunyiPerikanan
  • Pengesanan ikan dalam laut
Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS)Pengangkutan
  • Sistem pengangkutan pintar
SeismikPerlombongan
  • Mengesan kawasan petroleum
NanoteknologiPerindustrian
  • Pengeluaran litar eletronik
KimiaPerindustrian
  • Pembuatan baja dan cat
Sistem Maklumat Geografi atau Geography Information System (GIS)Perkhidmatan
  • Pemetaan kawasam
  • Menganggarkan guna tanah
  • Mengesan kawasan bencana


Modal 
  • Modal terbahagi kepada dua iaitu modal domestik dan pelaburan langsung asing.
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA) antara agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan modal domestik bagi menggerakkan kegiatan ekonomi negara.
  • Pelaburan langsung asing melalui kemasukan pelabur asing ke Malaysia dengan melaburkan modal untuk membuka kilang, perniagaan dan ladang.



Pasaran
  • Dibahagikan kepada dua iaitu pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa.
  • Kuasa beli pengguna yang tinggi mampu membantu produk dipasarkan dengan lebih banyak.
  • Lokasi pasaran tempatan merangkumi kompleks beli-belah, pasar borong, kedai runcit dan gerai.



Buruh
Malaysia menerima tenaga buruh asing dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam malahan juga negara luar seperti China dan Bangladesh.

7.4 KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA image
1. Peningkatan taraf hidup 
Apabila berlakunya peningkatan jumlah pendapatan per kapita keluarga apabila penduduk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, maka taraf hidup penduduk juga akan meningkat.


2. Kemajuan ekonomi negara
Kemajuan ekonomi negara dalam menyumbangkan pendapatan negara untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan mentadbir negara.


3. Pemindahan teknologi
Pemindahan teknologi berlakunya pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik dari satu negara ke negara lain melalui proses pembelajaran, pengalaman dan latihan yang dilaksanakan latihan pekerja dan latihan sambil kerja.


4.Mewujudkan peluang pekerjaan
Kepelbagaian kegiatan ekonomi dalam ketiga-tiga sektor utama dapat menyediakan peluang pekerjaan yang mampu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.


5. Peningkatan infrastruktur

Apabila ekonomi sesebuah negara pesat dan maju, ia akan menggalakkan pembangunan infrastruktur moden seperti penubuhan pelabuhan antarabangsa iaitu Pelabuhan Klang dan pembinaan lapangan terbang antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


6. Proses pembandaran (Urbanisasi)
Kepelbagaian kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan akan menyumbang kepada perkembangan bandar sebagai contoh bandar Shah Alam dan Bayan Lepas berkembang kerana kesan daripada kegiatan sektor perindustrian manakala bandar Putrajaya dan Cyberjaya berkembang kerana kesan daripada kegiatan sektor perkhidmatan.
JOM UJI MINDA ANDA! imageJOM UJI MINDA ANDA! imageJOM UJI MINDA ANDA! image
Untuk menguji tahap pemahaman anda, sila jawab soalan kuiz dengan menekan pautan yang tertera. Semoga berjaya.
WORDWALL 1
WORDWALL 2
QUIZIZZ 1
QUIZIZZ 2 
MENEROKAI KEGIATAN EKONOMI

Anda boleh saksikan paparan video mengenai kegiatan ekonomi primer, sekunder dan tertier di Malaysia.

Baca Lagi  
I BUILT MY SITE FOR FREE USING